Friday, November 23, 2007

Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi | Alleycats

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari

Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba

1
Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba

( ulang dari 1 )

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Di bulan Februari

Sunday, November 18, 2007

Lelaki Ini

Kasih
Kenanganku ingatan saat-saat dulu
Kasih
Apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke manapun hendakku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan ke manapun arah
Angin ku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini
Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu
Lelaki ini
Yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertahta dalam sanubariku
Sanubariku ooo...
Aku yang mencinta kamu
Hanya dirimu
Oh...
Kerana cintaku
Tak berbatas waktuku
Kerana cintaku
Tak mengenal jemu hatimu
Hatimu oo...
Yang bertahta dalam sanubariku

Saturday, November 17, 2007

Sampaikan Salam Cinta Ku | Alleycats

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkannya

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua

( korus )
Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu

Wednesday, November 07, 2007

Puisi Untuk Sang Puteri | Alleycats

Menjunjung kasih cinta setia
Biar luka jemala hamba
Membuai rindu santapan kalbu
Asal dapat sentuh bayangmu

Sulaman emas kebaya labuh
Untuk puteri berpadan sungguh
Mabuk kepayang sekelip mata
Jangan hamba dianggap gila

Ingin membina istana dari permata
Malang sekali hamba tak punya apa
Ingin mencoret warkah bertinta emas
Tapi sayang tiada indah bahasa hamba

Hanya mencoret warkah usang
Untuk melepas kasih dan sayang
Jangan hamba dianggap gila
Niat suci di hati hamba

Monday, October 22, 2007

Nota Terakhir | Alleycats

Ada sekeping nota
Kujumpa di atas meja
Mencurahkan satu rahsia
Yang terpendam menjadi dendam

Mungkinkah selama ini
Kau hanya bersandiwara
Demi melupakan
Suatu tragedi
Yang tak mampu ku tempuhi

Nota yang terakhir ini
Cukup aku mengerti
Firasatku terhadapmu
Semuanya benar

Ku bukan seorang jutawan
Yang sebagaimana engkau inginkan
Ataupun seorang cendekiawan
Yang dapat mendidik seribu insan

Friday, October 12, 2007

Masih | Alleycats

Jendela yang terbuka luas
Menyambut mesranya tiba suria indah
Di kamar kesepian aku
Dibuai rindu lipatan sejarah masa nan lalu
Terpandang wajah mu
Pengalaman manis waktu itu
Terukir di hati mu
Masih di hati ku
Kita berkejar-kejar bagai ombak dan pantai
Bersama senda, bersama cinta
Sepasang merpati turut menyaksi semua (masih)
Masih jelas di mata (masih)
Masih terus ku ingat (masih)
Jendela yang terbuka luas
Membawa kembali kenangan masa silam
Di kamar ku merawat hati
Yang masih sepi
Terbiar dan mengharap kau kembali
Kau masih... di hati
Masih jelas di mata
Masih jelas di hati
Masih jelas di mata ( 2X )

Thursday, September 27, 2007

Luka Lama Berdarah Kembali | Alleycats

Di keheningan malam indah syahdu
Engkau merayu ku
Nada suara merdu
Kau ingin hidup bersama ku

Tetapi itu hanyalah khayalan
Bak mimpi lamunan
Daku kau tinggalkan
Bertahun dalam kegelapan

Hati ku kau lukakan
Setelah lama bermesraan
Dalam keseorangan
Diri mu dapat ku lupakan

Oh kini menjelma pula
Hadir mu yang telah dewasa
Wajahnya tak ubah
Seperti wajah mu menggoda merayu ku

Luka yang lama berdarah kembali
Tersua adikmu
Tapi tak mungkin ku
Menyintai gadis yang serupa dengan mu