Dalam melewati hidup ini
Tak pernah kasih sayang dikecapi
Kerana sentiasa bimbang akan terluka
Berlalu usia begitu saja
Satu demi satu kejayaan
Kuperolehi dalam kehidupan
Tetapi mengapakah
Tak merasa bahagia
Kekosongan ini makin menyiksa
( korus )
Oh di sini... oh di sini
Buat pertama kali
Kumerasakan kehadiran
Meninggalkan kesan
Oh di sini kau di sisi
Sudut hati yang suci
Kian terisi dengan kasih
Melengkapi diri
Oh...
Andainya telah ditentukan
Di akhir pertemuan perpisahan
Biarlah aku rela
Mengalami segala
Untukku fahami erti kecewa
No comments:
Post a Comment